Skip to main content

Posts

Charts

Price Chart Price Range Price range ialah variasi daripada Harga Yang Paling Tinggi kepada Harga Yang Paling Rendah dalam chart berdasarkan tempoh masa tertentu. Tip- Jika anda menggunakan chart intra-day (satu hari), apabila market / pasaran dibuka, anda tidak akan nampak banyak perubahan dan ini agak sukar untuk mengesan trend yang akan berlaku ketika itu. Jika anda seorang long term investor, dicadangkan - - lihat dahulu kepada long term chart (tahun) -kemudian lihat kepada short term chart (bulan) - Akhir sekali, lihat dalam chart intra-day Volume Volume adalah pertimbangan yang penting semasa membuat teknikal analisa
Recent posts

Pengenalan Teknikal Analisa

Teknikal analisa ialah hal berkenaan menganalisa harga dagangan saham  untuk melihat sejarah pergerakan harga dan juga membantu mengesan gaya/trend sesuatu pergerakan saham yang akan datang. Cara terbaik untuk meramal pergerakan harga dengan menggunakan chart. Tujuan Sudah tentu mustahil untuk seseorang itu boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tapi tujuan kita belajar memahirkan diri dengan analisa teknikal untuk mengurangkan risiko kerugian bila kita masuk dalam market (pasaran). Alat Banyak alat yang boleh membantu kita untuk buat analisis carta lalu membuat keputusan. Alat seperti aras (indikator) digunakan sebagai penapis sebelum kita membuat belian dalam market. Setiap alat ini mempunyai algoritma iaitu formula-formula dalam matematik yang digunakan untuk mengira dan membentuk indikator-indikator ini. Jika kita benar-benar faham bagaimana indikator itu dikira, maka dengan mudah kita boleh faham akan tujuan kegunaannya.